Thursday, August 19, 2010

untuk kita semua

Kita mengeluarkan berbagai2 pendapat penyebab kpd isu yg takkan berkesudahan , daripada penyalahgunaan tempat2 awam , masyarakat yang tak prihatin dan mcm2 lagi. Tapi sedarkah sebenar2 punca isu2 keruntuhan akhlak ini berpunca dari setiap orang dari kita?? ianya berkait rapat dengan kita bagaikan darah yang mengalir dalam badan.

Hubungan yang menyatukan lelaki dan perempuan , di dalam Islam cuma perkahwinan dan pertunangan adalah jambatannya. Jadi mana datangnya hubungan ‘couple’ yang begitu sinonim dalam budaya hidup kita yang kononnya umat Islam? Sehingga kebanyakan ibu bapa memberi kebenaran untuk menjalinkannya? Sehingga tak terkawal perilaku mereka bila berjauhan dengan keluarga.

Apa maksud ‘couple’? pada pandangan saya ianya adalah sejenis lesen yang membolehkan kita melakukan perkara2 haram dengan alasan cinta. Sekiranya anda pernah menyentuh kulit pasangan masing2 dengan sengaja hatta berpegangan tangan, u are disqualified to argue with this statement. Saya hanya berpegang dengan beberapa potong ayat al-Quran yang cukup mudah difahami, yang melarang lelaki dan perempuan bersentuhan kulit dengan sengaja .

Sesungguhnya musuh2 Islam sangat pintar tetapi pengecut. Dengan mewujudkan satu kalimat laknat, ‘couple’, lelaki2 Islam di Malaysia menghabiskan masa melatih diri teknik2 memikat perempuan, perempuan2 Islam malaysia pula mempersiapkan diri untuk digoda dengan mengenakankan diri dengan pakaian yang membolehkan lelaki meneka saiz buah dada, lalu dikenakan pula dengan tudung. Menjadikan masyarakat Islam Malaysia pakar di dunia percintaan tetapi mundur dari segi teknologi dan akhlak.

Apabila suatu perkara itu menjadi ikutan majoriti , ianya akan terus membiak walaupun ianya buruk. Berapa orang perempuan yang anda boleh bilang memakai baju kurung dan bertudung , berbanding berbaju ketat lengan panjang dan bertudung? Apakah tujuan saudara2 perempuan kita mengenakan pakaian2 begini. Sebenarnya kita tidak sedar , mentaliti kita telah dijelajahi sepenuhnya, dan perempuan berasa ketinggalan , tidak menarik, takkan digoda lelaki sekiranya berpakaian menutup aurat yang kononnya primitif.

Apabila Rasullullah terlihat perempuan, dia akan merendahkan pandangannya. Kenapa?? Ini adalah penghormatan baginda kepada kaum hawa. Masih ada lelaki berkelakuan seperti itu pada hari ini?? Sekiranya ada, percayalah lelaki itu akan dilabel penakut di kalangan kaum hawa sebab nak eye contact pun tak berani. Sedarkah anda semua , saudara2 lelaki… kerana budaya mengurat lah yang menyebabkan kaum2 hawa runtuh budi pekertinya…. sebab itu sangat banyak permpuan yang cantik luarannya tetapi rendah akhlaknya, kerana golongan seperti mereka lah tak putus2 digoda lelaki2 setiap masa.

Sekarang kita hendak cari punca penyelesaian keruntuhan akhlak di tempat2 awam. Itu cuma tempias!!! musnahkan dulu virus dan bakteria yang sebenar2nya. Logik akal manusia takkan dapat melawan kebenaran kata2 Pencipta Alam Semesta.

p/s:dpd fb =)