Tuesday, June 19, 2012

Aroma Cambodia

bukan diri ini tak mahu meneroka
bukan jiwa ini tak mahu menjelajah
bukan hati ini tak mahu menyampai dan berjemaah
dan memang bukan kerana aku tak mahu bersama kamu

ketahuilah,
aku ingin bersama awan
berarak kembang cantik untukmu
atau aku perlu menyelam dan berenang
agar aliran sampai kepada kamu
mungkin juga aku perlu menari bersama ombak
untuk rentak tari langkahku menjejak bekas tapak kakimu di sana

ketahuilah,
kadang-kadang awan tiada di langit
sungai yang mengalir juga kekadang tersangkut dek sampah
meski mampu mengelak batuan dan ranting
ada masanya gelora ombak tak sesuai dilayarkan kapal
apatah lagi menari
dengan rentak yang pastinya menjadi pincang...


Friday, June 15, 2012

amal & tahi

 


ulamak kata,
berbuat amal itu biarlah seperti berak di sungai
amal itu biarlah umpama tahi yg dilepaskan ke dalam sungai
tak perlu dipandang
tak perlu tahu mana jatuhnya
tak perlu dikaji bentuk warnanya

sudah dibuat biarkan saja
sudah dilepas abaikan saja
tak perlu diekor mana perginya
cuma yg perlu diingat,
adakah tahi itu memberi manfaat kepada sungai?