Thursday, August 2, 2012

Malau....


 



Rasa yang tiba-tiba menerpa
menggamit aku ke sini
aku ingin pergi dalam ketidakinginan
lebih kerana tanggungjawab berbanding kerelaan.

Letak dudukmu yang di hulu
jadi benteng dan tembok bagi mereka yang diulit
usah bicara tentang tompokan tahi lembu
patah selekoh dan tompokan lubang jalanmu
umpama ranting dan lalang
menghiris dan mencarik baju mereka
yang kononnya pengembara.

Tapi aku gemar di sini
ramah orangmu menjadikan aku pensosial
dingin airmu mengejutkan aku dari lena
lengang pekanmu memberi aku ruang untuk berfikir
memberi aku ilham untuk mencoret
terawihmu menjadikan aku insan...

Sungguh....kau membuat aku bingung
sungguh aku hairan
masih ada tempat sebegini
di saat manusia memandang pelik
pada kemurnian hati.