Sunday, January 20, 2013

Anak Kecil Palestin


 seluruh pancainderaku

menangis kasihan
meronta-ronta menagih kasihMu
bila aku lihat anak kecil itu
redup matanya sorotan duka dan hiba
cengkung tubuhnya dicengkam derita

anak kecil itu dalam derita
menjerit tanpa suara
lantaran kematian-demi kematian
dinyanyikan merata

nyanyian kematian di Palestin
adalah alunan yang mengirama dunia
dendangan pemuda-pemuda jihad
dalam musafir
mencari setitis embun dari syurga

dunia ini telah didandankan dengan kekejaman
kezaliman yang membuat manusia terpaku
lalu bagaimana harus kita padamkan api sengketa?
setelah menghilang tahun mereka menahan dahaga
menghirup debu menyantap pasir
bermandi darah

wahai umat!
sesalkah kita dengan kematian mereka?
jika hati tak berdenyut dengan perjuangan
maka tidak wujudlah kemanusiaan
kerana sewajarnya kemanusiaan itu berdenyut dan terasa...

3 comments:

  1. Anak kecil itu
    mereka tidak punya siapa-siapa
    Ada juga kehilangan anggota
    Derita yang mencengkam jiwa
    menjadikan mereka pejuang muda
    yang berusaha memperjuangkan agama
    untuk syahid di jalanNya..=)

    Dimanakah dia anak muda?
    Yang kian hanyut dibawa arus dunia..
    Tanpa rasa malu pada si kecil yang meronta
    mahu melawan musuh agama
    Walaupun mampu menggenggam sekepal cuma

    ReplyDelete
  2. salam. asifah , ana cuma tertarik dengan komen di atas daripada alif mim. ana mahu memohon keizinan utk copy nyer. sebab ana sedang berusaha mencipta puisi utk dipersembahkan pada Malam Puisi Islam, bertemakan Keamanan Palestin dan Syria khamis nanti. bolehkah? ana akan menambah idea dalam ayat2 itu untuk dijadikan sebuah puisi. boleh respon kepada ana di annurbalqis229@gmail.com. syukran kathera,.

    ReplyDelete