Thursday, May 17, 2012

Harapan....




memang mudah untuk berharap
sekali pandang kau terus tanam keinginan
sekali dekat kau terus ingin memaut
sekali rapat kau terus ingin memeluk
tanpa kau tahu kemahuan kau itu berduri
tanpa kau nampak rantingnya itu menyangkut
tanpa kau sedar hakikatnya itu perit...

kau kata kau ikhlas
tapi kau berharap dengan apa yg kau mahu
kau yakin dengan apa yg kau pasti
kau memohon dengan kemahuan nafsu...

lalu mana letaknya kebergantungan
mana tempatnya keikhlasan
bila kau putus asa dengan kesalahan
bila kau kecewa dengan kekhilafan
bukankah ikhlas itu seiring dengan mencari hikmah
bukankah bergantung itu redha...

p/s...ni utk diri sendiri

No comments:

Post a Comment