Friday, May 11, 2012

Sekuntum Mawar di Persimpangan Hidup



Istikharah.......
satu ungkapan yg mudah disebut tapi sukar dimengerti,
mudah dibuat tapi payah disertakan dengan rasa ikhlas,
mudah untuk kau faham tapi tak bermakna kau faham.
mudah membuat orang merasa faham tapi mudah juga memesongkan hati insan.

Manusia.....
sudah lumrah mencari di kala susah,
sudah adat mengintai ketika perlu,
sudah kalis mengharap di kala putus harap,
memang biasa kalau memohon di kala buntu.

takkah kau sedar kau insan bertuah wahai mawar,
bukan semua hati yg merasa ikhlas itu ikhlas,
bukan semua yg ikhlas itu Allah balas,
bukan semua yg dibalas itu langsung dari Tuhanmu,
tapi mungkin sudah lumrah,
meminta petunjuk tetapi bersyarat,
rela menagih dari Tuhanmu asalkan Dia mengikut kehendakmu,
tidak terima pemberian yg bukan kau mahu,
tidakkah kau sedar kau sudah merasa sombong,
sombong pula dengan yang mencipta kesombongan,
tidakkah kau sedar kau sudah bersifat dengan sifat-Nya?

kau meminta tapi bersyarat,
kau memohon petunjuk tp hati kau tidak terbuka untuk terima petunjuk,
kau yakin dengan hati sedangkan Allah lah yg meletakkan rasa yakin itu,
lantas kau masih mahu sombong?
kau masih mahu merasakan kemahuanmu lebih penting?
kau masih mahu meyakini perancanganmu lebih baik?
satu perlu kau ingat,
ketika kau jatuh dalam mencari petunjuk, ketika kau tersungkur dalam mencari redha Ilahi, ketika hatimu diusik ranting-ranting pencarian...lantas kau berputus asa untuk berbuat kebaikan, lalu kau berputus asa untuk mengenal Tuhan,
itu tandanya kau bergantung kepada hati dan perbuatan kau semata, kau tak bergantung kepada Allah subhanahu wa taala...

Allah ingin berbicara denganmu wahai mawar,
Dia tak mahu kau berputus asa denganNya,
Dia tak mahu kau berhenti mencariNya,
Dia mahu kau redha seiring dengan redhaNya kepada kau,
Dia mahu kau bersyukur......

    1 comment: